Pelan Hibah Takaful + Simpanan + Pelaburan A-Life Legasi

  • by

Hibah adalah Hadiah. Selain dari hadiah-hadiah biasa yang kita selalu beri, Pelan Takaful juga boleh dijadikan Hibah selepas anda sudah tiada. Hibah ini amatlah berharga dimana ia akan memberi sejumlah wang yang besar yang membolehkan keluarga anda terus hidup dengan selesa. Pelan Takaful Hibah ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai Pelan Hibah untuk keluarga, malah, Pelan Takaful ini juga sesuai untuk dijadikan Pelan Hibah Amal Jariah, ‘Key-man Policy‘, Penyelesaian Hutang, dan juga Harta Legasi untuk keturunan.

Menjadi kebiasaan, apabila diperkenalkan dengan satu pelan Takaful, ada akan diminta untuk mencarum sehingga tamat tempoh atau sehingga tempoh matang sesebuah polisi. Tetapi bagi sesetengah masyarakat, ia adalah tanggungan yang berat yang perlu difikirkan untuk jangka masa yang panjang. Maka, satu pelan Takaful dengan pilihan caruman direka untuk mengatasi masalah ini. Pelan Perlindungan sehingga 80 Tahun, tetapi caruman hanya perlu dibuat dalam tempoh 5 Tahun atau 10 Tahun atau 20 Tahun, mengikut pilihan anda.

Memperkenalkan A-Life Legasi, Pelan Takaful Hibah dengan Jumlah Perlindungan yang besar dengan Pilihan Tempoh Caruman. Tidak dinafikan RM500,000 pun sudah menjadi kecil kepada keluarga untuk meneruskan kehidupan selama 10 Tahun atau lebih. Bukan sahaja perbelanjaan mereka, hutang-hutang anda seperti rumah, kereta, pinjaman bank, atau sebagainya juga mereka perlu langsaikan. Atas kesedaran ini, anda Wajib untuk melakukan perubahan dengan menyediakan Pelan Takaful RM1 Juta keatas.

Pelan Hibah Takaful Abad 2020
Melindungi Masa Depan dan Gaya Hidup Keluarga Anda
Faedah Jumlah Pelindungan Berganda sehingga 600%
Faedah Bonus Simpanan Akaun Legasi
Ganjaran Bernilai apabila Matang
Fleksibiliti Tempoh Perlindungan dan Caruman
Perlindungan sehingga RM4 juta tidak memerlukan Pemeriksaan kesihatan
Penyelesaian yang Patuh Syariah
Faedah-Faedah Pelan Takaful Hibah (A-Life Legasi)

  1. Pelan Hibah Yang Terbaik Dan Termurah Di Malaysia
    Hargai keluarga, hutang, legasi, harta amal jariah selepas anda sudah tiada dengan menyediakan Pelan Hibah Takaful dengan Jumlah Perlindungan bermula dari RM350,000 ke atas.Perlindungan sehingga RM4 juta tidak memerlukan Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-up).
  2. Faedah Jumlah Perlindungan Berganda
    100% dari jumlah perlindungan atau nilai akaun akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
    200% dari jumlah perlindungan atau nilai akaun akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan atau semasa melaksanakan Haji atau Umrah.
    300% dari jumlah perlindungan atau nilai akaun akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan semasa anda menggunakan pengangkutan awam.
    600% dari jumlah perlindungan atau nilai akaun akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan berpunca akibat bencana alam.
    Sekiranya anda mengambil pelan ini untuk anak anda dan apabila anda meninggal dunia akibat kemalangan, kami akan membayar tambahan 100% dari jumlah perlindungan kepada Dana Pelaburan Peserta anda bagi tujuan simpanan pendidikan anak anda.
  3. Faedah Konsisten Pembayaran Caruman
    Sekiranya anda membayar caruman anda pada masanya dan tiada caruman tertunggak, 2% Sehingga 15% daripada jumlah caruman tahunan anda akan dikreditkan ke Akaun Legasi pada akhir setiap dua (2) tahun sijil sehingga tempoh matang.
  4. Pilihan Perlindungan Tambahan (Rider)
    Anda boleh menyesuaikan keperluan perlindungan anda dengan menambah faedah pilihan yang berikut :

A-Plus CriticalExtra-i : faedah tambahan akan dibayar kepada anda sekali gus apabila disahkan menghidap penyakit kritikal.
A-Plus Waiver-i : caruman tetap akan diketepikan sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal.
A-Plus ParentWaiver-i : caruman tetap bagi pelan anak anda akan diketepikan sehingga beliau berumur 25 tahun, sekiranya anda meninggal dunia, menderita Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) atau di diagnosis dengan penyakit kritikal.
A-Plus Saver-i : Caruman yang diperuntukkan akan dilaburkan untuk meningkatkan simpanan anda.

  1. Faedah Tempoh Matang
    Pada tarikh matang anda, tambahan 20% daripada nilai akaun semasa dari Dana Akaun Peserta anda akan dikreditkan ke Akaun Legasi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *